Björk Guðmundsdóttir
Björk Guðmundsdóttir

Björk Guðmundsdóttir

Björk Guðmundsdóttir [ˈpjœr̥k ˈkvʏðmʏntsˌtoʊhtɪr] (lahir 21 November, 1965 di Reykjavík, Iceland) atau lebih dikenali dengan nama pertamanya Björk adalah seorang penyanyi, penggubah lagu, komposer dan pelakon wanita berasal dari Iceland.Beliau dikenali kerana menggabungkan pelbagaian pengaruh dalam penghasilan muziknya[2], termasuk pop, rock alternatif, jazz, ambien, elektronika, muzik rakyat dan muzik klasik. Beliau memenangi pelbagai anugerah dunia seni, selain 12 pencalonan Anugerah Grammy dan satu pencalonan Anugerah Academy.Bernaung di bawah syarikat rakaman One Little Indian, pada 2003 Björk telah menghasilkan penjualan sebanyak 15 juta album di seluruh dunia[3].Album terbarunya Volta, telah diedarkan ke seluruh dunia bermula 8 Mei 2007. Beliau telah menduduki tangga #36 dalam carta The 100 Greatest Women in Rock and Roll di VH1[4] dan #8 untuk carta 22 Greatest Voices in Music di MTV. Dalam pada itu di dunia Nusantara, Melly Goeslaw pernah menyatakan minatnya terhadap Björk.

Björk Guðmundsdóttir

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • pelakon
Ibu bapa
  • Guðmundur Gunnarsson
  • Hildur Rúna Hauksdóttir
Pasangan Matthew Barney (2000–13)[1]
Anak 2
Pengkarya berkait
Instrumen
  • Vokal
  • keyboard
Syarikat rakaman
Laman web bjork.com

Tandatangan Björk
Kampung asal Reykjavík, Iceland
Kelahiran Björk Guðmundsdóttir
(1965-11-21) 21 November 1965 (umur 54)
Reykjavík, Iceland
Genre
Tahun aktif 1976–kini
Kediaman Brooklyn, New York, Amerika Syarikat